Cara Memilih Tekukur untuk Pemikat

Cara Memilih Tekukur untuk Pemikat – Faktor utama untuk menarik terkukur hutan menghampiri burung pikat adalah suara bukannya pada fizikal, namun ada faktor-faktor tertentu pada fizikal terkukur yang boleh diramal untuk dijadikan denak yang baik ataupun tidak, kerana 30% ini lah yang akan membuatkan seseorng pemikat menjadi panas baran atau menzalimi haiwan kesayanganya sekaligus menzalimi dirinya sendiri, contoh seorang pemikat yang panas baran memiliki seekor denak suaranya 110% baik tetapi mempunyai fizikal yang tidak baik, tentu denaknya suka merajuk(tidak berbunyi)

Cara Memilih Tekukur untuk Pemikat

Cara Memilih Tekukur untuk Pemikat

 

Apabila si pemikat mengubah laman, ini akan membuatkan seseorang menjadi baran kerana burung hutan yang di idamkan tidak berjaya di tangkap disebabkan oleh perangai denak yang suka merajuk, apatah lagi denak itu dibeli dengan harga ribuan ringgit atau pemikat pergi memburu di luar negeri yang jauh bersama rakan-rakan, inilah yang membuatkan si pemikat hilang sabar atau malu dengan kawan-kawan sehingga memijak, menyepak seperti bola, menikam denak dengan tumang dalam keadaan tidak sedar sehingga menyebabkan denak mati sampai hancur tubuh burung itu, ingin di ingatkan supaya bacalah ayat Qursi atau apa-apa surah sebelum keluar memikat supaya kita terlindung dari menzalimi diri sendiri.

Cara untuk berkenalan bukanlah susah, hanya perlu meluangkan masa beberapa minit sahaja sekali hingga 3 kali sehari melihat dan cubu fahami gerak geri fizikalnya dan ubahlah tempat gantungnya sekurang-kurungnya seminit, lakukan sehingga saling faham memahami.

Dengan cara ini kita akan dapat berdialog dan faham bahasanya dan pikat juga akan faham bahasa dan perbuatan kita, ia akan menjadi mudah kerana apa yang kita arahkan tentu akan faham dan diturutinya .

contoh tanda-tanda pada pikat yang kita akan faham kelakuannya seperti takut atau ada bahaya seperti sawah, elang dan ular atau ai sedang demam, lapar, dan lain-lain lagi. Dengan cara ini mudahlah kita dapat mengesan dan  mengatasinya sebelum terlambat…

Mengikut petua orang dahulu, apabila menangkap burung hutan cabutlah 3 helai bulu yg bertanda anak panah pada gambar sebelah, ada 3 helai kiri dan 3 helai kanan di bawah kepak. Ada sehelai bulu panjang dan 2 helai bulu pendek kiri dan kanan kepak. Cabut 3 helai dan tinggal kan di laman, tujuannya sebagai kenangan tuan yang menjaga burung hutan sekiranya ai bersawan atau bertuan, tetapi ada juga pemikat yang meninggalkan ekor.

Cara Memilih Tekukur untuk Pemikat Sebagai Berikut :

celak

Celak mata yang baik biasanya burung yang mempunyai celak mata yang halus dan seperti menikam ke mata, burung seperti ini tidak membuat perangai di laman. Mampu mempunyai daya berusaha untuk menarik burung hutan terjun ke lamannya.

Paruh

Pilih paruh yang berbentuk halus seperti burung kelicap seolah-olah kayu yang di raut halus .

Mata

Pemilihan mata yang baik adalah mata yang halus dan kecil seperti mata seekor ikan keli atau mata hitamnya kecil di kelilingi warna kuning yang tebal. Jika kita lihat mata ikan keli maka mata terkukur juga di cari sedemikian rupa.

Telinga

Telinga merupakan aspek penting untuk terkukur pikat.Telinga yang nipis atau bulu yang menutup telinga haruslah jarang dan rapat ke telinga. Bulu yang menutup telinga tidak boleh tebal kerana untuk memudahkan pikat mendengar bunyi burung hutan dari jauh.

Kuku

Kebiasaannya kuku yang menjadi pilihan pemikat adalah kuku mati atau tidak tumbuh panjang. kuku mati adalah kuku yang dari asal di tangkap sehinggalah menjadi pikat tetap pendek dan tajam berbentuk jarum, kuku yang panjang juga boleh dijadikan pikat tetapi perlu selalu di potong sedikit hujungnya yang berwarna putih.

Ekor

Pemilihan ekor pula bergantung kepada burung tersebut, ada ekor lembing, ekor keli, ekor tebal, ekor nipis dan sebagainya lagi.Yang menjadi pilihan pemikat kebanyakannya ekor pendek halus sebatang atau ekor berbentuk lembing atau sudu. Ada juga pemikat yang suka seperti ciri-ciri diatas tetapi memilah ekor yang panjang dan lurus sebaris bentuk belakang .

Dada

Dada yang menjadi kegemaran pemikat adalah seperti dada itik nila atau seperti dada burung punai.

Leher

Leher pula haruslah besar dan pendek seolah-olah tiada leher.

Manik

Manik pada leher burung pikat harus seperti manik bintang, ada manik yang pecah ,manik penuh rapat- rapat dari atas leher, manik haruslah tersusun sebaris dan lain-lain lagi

Bahu

Bahu burung pemikat yang baik adalah bulu bahu yang tebal, jangan pilih bahu/ sayap yang mencengkuk kerana tidak kuat berlaga…

Bulu pasak tepi

Bulu pasak tepi mesti berbentuk halus dan sekata keseluruhannya, burung seperti ini selalunya tidak membuat perangai dan memilih laman.

Kaki

Kaki burung pikat yang baik adalah kaki bulat besar dan berbelah rotan semacam sisik kaki ayam hutan atau ayam sabung,burung seperti ini garang dan handal berlaga.

Bulu penyambut

Bulu penyambut yang di cari-cari para pemikat biasanya bulu penyambut sebatang seperti sampai dan tidak sampai kehujung bulu ekor sedikit sahaja, itulah tandanya burung yang rajin lambung guk dan suka menekan. Carilah bulu pelapik yang kurang dari lima helai itulah burung yang sabar..

Kepala

Kepala yang cantik seolah-olah seperti kepala burung merpati atau kepala burung punai, jika bentuk kepala pikat seperti biji gajus selalunya bermasalah..

Lesum Pipi

Burung tekukur yang mempunyai lesum pipi juga dikatakan jenis burung yang rajin berbunyi dan elok disimpan untuk dijadikan pikat namun harus ditambah dengan ciri – ciri fizikal yang lain..

Cara duduk

Jika burung melambung guk kedudukan badan mesti bongkok dan ekor mencecah lantai sangkar layang, burung seperti ini rajin dan cepat menjadi denak, jika ekornya tegak burung seperti ini perlu mengambil masa sedikit untuk menjadi pikat.

Cara Memilih Tekukur untuk Pemikat | Admin | 4.5
Leave a Reply